Monday 28 November 2011

MONA LISA

Seni
Seni (Art dalam bahasa Inggeris) merangkumi semua aktiviti dan hasil karya manusia yang indah dan berseni (kreatif) bagi semua kaum dan bangsa di dunia. Pada masa kini, seni merupakan luahan kreativiti manusia yang paling dikenali dan dianggap sebagai keunggulan daya cipta manusia. Walaupun begitu, seni sukar ditakrifkan disebabkan setiap seniman mempunyai aturan dan sekatan tersendiri bagi setiap hasil kerja mereka, seni boleh dikatakan sebagai proses dan hasil dari pemilihan saluran medium, untuk menyampaikan sama ada kepercayaan, idea, rasa, atau perasaan dalam bentuk terbaik untuk saluran tersebut.
Seni sukar ditakrifkan, sebagaimana ia sukar dinilaikan, disebabkan setiap artis memilih peraturan dan tata rajah tersendiri untuk menentukan karyanya, masih boleh dikatakan bahawa seni adalah proses dan hasil pemilihan medium, set aturan untuk penggunaan medium tersebut, dan set nilai yang menentukan apa yang berhak di gambarkan melalui medium tersebut, agar dapat menyampaikan samaada kepercayaan, idea, rasa, perasaan dalam bentuk paling berkesan bagi medium tersebut. Walaupun, banyak artis terikut artis dahulu, dan sebagainya, beberapa garis panduan telah muncul untuk menetapkan bagaimana menggambarkan idea tertentu melalui simbol dan bentuk (seperti pokok selasih sebagai kekasih)

Sunday 27 November 2011

Friday 25 November 2011

Pupils fill happy after the project


1.Materials-Egg Carton,paint,brush,googly eyes,pipe cleaner,glue,scissors.
2.Cut out the egg carton.
3.Put colour on the egg carton.
4.let it dry for 5-10 minutes.
5.Stick the googly eyes on the egg carton.

Monday 21 November 2011


1.Cawan kertas,Colour pensil,Gam,Kertas warna,Gunting,Rangka telur,Benang/Kapas.
2.Balut cawan kertas dengan kertas warna dan warnakannya(Badan).
3.Buatkan satu lubang di atas cawan kertas.
4.Sediakan kepala telur yang bermata dan rambut.
5.Cantumkan dengan badan(cawan kertas).
6.Telur patung yang cantik di hasilkan.

Tuesday 8 November 2011

1.Put in the toilet paper into toilet tiub.
2.Colour the toilet tiub with white colour for the base and let then dry for 5-10 minutes.
3.Colour the colour you want and cut the toilet tiub for the legs of octopus.
4.Stick the eyes and draw the mouth of the octopus.

Monday 7 November 2011


Seni Dalam Pendidikan (SDP) merangkumi seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Guru akan memberi peluang kepada murid untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan penerokaan dengan menggunakan  pancaindera. Murid juga diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan bagi  meningkatkan  kreativit dan daya imaginasi untuk mencapai objektif pembelajaran secara optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Seni Dalam Pendidikan juga memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.